31 January, 2014

New Beginning

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Syukur kepadaMu, Ya Rabb, kerana setelah sekian lama, hari ini, malam ini, dapat juga aku mengadap blog ini (dulunya dikenali sebagai QhasehSuci Home Collection).

Kenapa tidak aku buat saja blog yang baru? Kerana sayang.... Sayang untuk melupakan saat di mana aku bermula 4 tahun lalu. Saat di mana merupakan starting point untuk aku memulakan perniagaan sampingan. Saat di mana, aku tidak lah bercita - cita untuk jadi kaya raya dengan part time job ini. Cukup sekadar untuk menampung keperluan anak - anak (susu dan pampers). Ketika ini Nur Suci Rania (puteri kedua) baru berumur 34 hari.

Salah satu sebab kenapa aku tidak memadam post pertama blog ini adalah untuk mengenangkan permulaan langkah pertama. Langkah yg dibuat tanpa mempunyai apa - apa modal, tiada produk... tiada apa - apa. Berbekalkan keinginan untuk mencari pendapatan sampingan dan minat berniaga, aku mula mencari - cari di laman sesawang, apa yang boleh aku jual.

Mengenang hal ini, aku berterima kasih kepada teman sepejabat ketika itu, Umi Nurkhafizah Ibrahim, kerana menunjuk jalan dan peluang kepada aku untuk memulakan perniagaan baju bayi dan kanak - kanak. Walaupun sudah ramai yang menjual baju bayi dan kanak - kanak di internet (Facebook terutamanya), aku tetap juga ingin mencuba. Kerana percaya, rezeki itu Allah sahaja yang Maha memberi. Siapa yang berusaha, dialah yang dapat. Terima kasih juga kepada encik suami yang berkongsi minat untuk berniaga pakaian bayi dan kanak - kanak. Encik suami juga lah yang mendorong aku untuk membuat sedikit pinjaman dari bank sebagai modal permulaan.

Pada permulaan berniaga secara online di Facebook, memang sambutan sangat kurang. Mungkin kerana telah belajar ketika di UiTM dulu, peringkat awal berniaga, rugi atau tidak untung itu perkara biasa. Oleh itu, aku tidak cepat melatah. Setiap hari, ketika ada waktu senggang, ketika kerja hakiki tidak begitu mendesak untuk segera disiapkan, aku akan post di Facebook.

Alhamdulillah, lama kelamaan apa yang diusahakan mendapat perhatian dan sambutan. Disamping menjual pakaian bayi dan kanak - kanak, aku sulam juga dengan menjual dodol ketika musim Aidil Fitri dan Aidil Adha. Tupperware pun tidak terlepas untuk dibisneskan. Huhuhuhu

Setelah dua tahun berbisnes sampingan, dalam masa sama menghabiskan pengajian jarak jauh, aku mengandung anak ketiga. tahun 2012 adalah tahun yang mencabar. Encik suami bertukar ke Kedah ketika aku mengandung 5 bulan. Menghabiskan baki 4 bulan bersama dua orang puteri di Selangor. Semuanya aku buat seorang. Bisnes terhenti. Tapi tak pernah terfikir untuk berhenti terus. Dan setelah bersalin dan sihat sedikit, aku mula kan sekali lagi bisnes tapi memfokuskan kepada makanan kesihatan wanita. Dalam berpantang lagi aku dah mulakan. Alhamdulillah, berbekal sedikit pengalaman yang lalu, bisnes berjalan lancar. Seperti dahulu, aku tidak bercadang untuk kaya raya, cukup sekadar ada duit lebih. (Rugi nyer lah)

Rupa - rupanya, encik suami masih berminat untuk menjual pakaian bayi dan kanak - kanak. Namun kali ini encik suami mahu lebih serius. Boleh dikatakan, encik suamilah pencetus dan penggerak segalanya. Sehingga bertapaknya butik Bear Chomel di Star Parade, encik suami lah yang berusaha merialisasikan, mengeluarkan apa yang di kertas kepada 3D atas lantai tingkat 1. Terima kasih sayang.

Kini, menjadi tanggungjawap aku pula untuk sedaya upaya menjaga titik perubahan kehidupan kami sekeluarga. Januari 2014 aku secara rasmi berhenti kerja untuk fokus pada bisnes. Kepada Yang Esa, aku mohon semoga segala usaha diberkati dan mendapat rezeki yang halal. Aku kini mahu kaya dan berjaya. Aku mahu menjadi jutawan. Bukan untuk aku, bukan untuk keluarga semata - mata tapi aku mahu kaya untuk menjadi medium membantu lebih ramai umat Islam, untuk menambah nilai hidup orang lain. In syaa Allah.

Cik kak berdua nie, lagi ibu tak tido, lagi tu lah derang berlakon jadi cikgu dan pelajar. Ibu dah mengantuk. Kalau ajak tido ni japgi boleh tengok la drama tak mau tido lagi, tak mau berjalan, tak mau kawan dengan ibu...semua ada.... Hmmmm... (ibu dulu pun cam tu jugak kot)...huhuhu...

Selamat tidur... Semoga aku istiqomah dalam menulis blog. Semoga saudara - saudara kita di seluruh dunia berbahagia. Aamiin..

2 comments:

ch@ said...

touching. wish u all the best muna.

Bear Chomel Baby & Kid Boutique said...

Thank you sya. All the best to you too.... Saya nie noobs lagi dalam dunia blog nie. Awak lagi terer...