31 January, 2014

The Brand is Tongtai

Hari ini, 31 Januari adalah Hari Raya Cina. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan dan pelanggan Bear Chomel. Hari ini butik Bear Chomel bercuti satu hari. Esok back to business. Memasuki bulan Februari (cepatnya masa bergerak), memerlukan aku berfikir dengan lebih mendalam, bagaimana untuk aku atau lebih sesuainya KAMI, meningkatkan lagi jualan.

Sebenarnya, bukan jualan yang menjadi fokus utama, tetapi kelebihan dan kebaikan produk itu yang sepatutnya lebih dihebahkan dan dikongsi kepada semua. A friend of ours once ask us about what makes us different from the other brand. The quality itself, of course, much better the other brand.

Kami akui, jenama yang kami bawa iaitu Tongtai, masih baru, masih belum dapat menandingi ataupun duduk sebaris dengan jenama - jenama terkenal yang lain. Namun kualiti produk berjenama Tongtai ini telah diakui ramai, sangat berbaloi dengan harganya yang sederhana; tidak mahal dan tidak murah.

Sedikit pengenalan mengenai Tongtai (copy paste from profile company)...

Used to be the fabric producer for several years back to 1980's, The Hebei Tongtai Infant Apparel Company was established in early 1986, through professional experiences and high tech International CAD design system / automatic cutting and excellent sewing equipments  as well as harmonically  scientific management to provide constant innovation to the market, building up the "TongTai" brand image among the critic royal and new consumers. The company has  been certified with ISO 9001 and ISO14001 environmentally friendly  system certification.
The company now occupies 100 acres, more than 3,000 employees, at the present, the daily production is around 86,000 pieces of products, has become a modern and huge scale enterprise nowadays,  meanwhile, the company is expanding its factory capacity to 6,000 employees, in order to satisfy all orders from current buyers. Fine products quality, strict management and honest business principle defined the power of a solid sales network.
Caring & creating the future for all children is the main philosophy of the company. Natural, Modern and Healthy are the ultimate requests of being a professional leading brand in the market. Using pure natural cotton, non-hazardous materials, plus fresh, elegant, mild color range, and focus on the details such as softness, warm and other good characteristics, products are designed by professional Italian designers as well as advanced cutting, fine sewing craftsmanship, letting your babies enjoy completely the comfort cares.
In 2012, the company enters the international market, to the multi-cultural tropical paradise - The Malaysia. Bringing higher quality, modern and variety baby products to this blessed soil.  Spreading through Malaysia the Tong Tai culture, into every corner on earth, giving joy to our world with maximum effort.
Walaupun dikilang di Negara China, rekaan pakaian - pakaian berjenama Tongtai ini mendapat sentuhan pereka Itali, Giovanni Argenterio. 
"I am Giovanni Argenterio, and i am the manager of the Italian Tongtai Fashion Design Office. Our team has composed by different people with different tastes and responsibility, the art director works together with the graphic experts to find the best styles and quality. We are also responsible for the published images, photos shooting and collection images.
The main theme of Tongtai this year is to design a collection based on the harmony between the Western taste and the extraordinary Oriental Philosophy.
We work in Italy, a few kilometers away from the most important fashion city in the World, the Milano.
From here we have the chance to absorb the latest fashion trends which connect to our culture and to be inspired.
Research and great attention to details are the next step after inspiration, they give birth to our styles.

A part of our Spring/Summer collection was based on a research we made on the secret language of flowers, for example :
Do you know that lemon means Enthusiasm ?
Lemon flower means Moderation ?
Daisy mean Innocence ?
And the Peach Flower means “You are more beautiful than anyone else” ?

During these phases, the communication with Tongtai HQ is crucial and must be well-organized. The team inside the HQ factory is professional and devoted to this project.
They work hard to satisfy all our requests and fulfill our projects.
This communication is improved by our frequent journeys to Asia which allows us to understand better the needs of the asia children.

Thanks to this harmonious union of efforts, our styles are finally produced using the best and latest technology."

Disebabkan mataku kian merapat, ini lah sedikit pengenalan mengenai produk berjenama Tongtai. In syaa Allah, dalam entry yang lain, aku akan kongsikan dengan lebih lanjut kebaikan dan kelebihan pakaian bayi dan kanak - kanak berjenama Tongtai ini....

p/s: Walaupun mengantuk, aku tak reti tido siang...

New Beginning

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Syukur kepadaMu, Ya Rabb, kerana setelah sekian lama, hari ini, malam ini, dapat juga aku mengadap blog ini (dulunya dikenali sebagai QhasehSuci Home Collection).

Kenapa tidak aku buat saja blog yang baru? Kerana sayang.... Sayang untuk melupakan saat di mana aku bermula 4 tahun lalu. Saat di mana merupakan starting point untuk aku memulakan perniagaan sampingan. Saat di mana, aku tidak lah bercita - cita untuk jadi kaya raya dengan part time job ini. Cukup sekadar untuk menampung keperluan anak - anak (susu dan pampers). Ketika ini Nur Suci Rania (puteri kedua) baru berumur 34 hari.

Salah satu sebab kenapa aku tidak memadam post pertama blog ini adalah untuk mengenangkan permulaan langkah pertama. Langkah yg dibuat tanpa mempunyai apa - apa modal, tiada produk... tiada apa - apa. Berbekalkan keinginan untuk mencari pendapatan sampingan dan minat berniaga, aku mula mencari - cari di laman sesawang, apa yang boleh aku jual.

Mengenang hal ini, aku berterima kasih kepada teman sepejabat ketika itu, Umi Nurkhafizah Ibrahim, kerana menunjuk jalan dan peluang kepada aku untuk memulakan perniagaan baju bayi dan kanak - kanak. Walaupun sudah ramai yang menjual baju bayi dan kanak - kanak di internet (Facebook terutamanya), aku tetap juga ingin mencuba. Kerana percaya, rezeki itu Allah sahaja yang Maha memberi. Siapa yang berusaha, dialah yang dapat. Terima kasih juga kepada encik suami yang berkongsi minat untuk berniaga pakaian bayi dan kanak - kanak. Encik suami juga lah yang mendorong aku untuk membuat sedikit pinjaman dari bank sebagai modal permulaan.

Pada permulaan berniaga secara online di Facebook, memang sambutan sangat kurang. Mungkin kerana telah belajar ketika di UiTM dulu, peringkat awal berniaga, rugi atau tidak untung itu perkara biasa. Oleh itu, aku tidak cepat melatah. Setiap hari, ketika ada waktu senggang, ketika kerja hakiki tidak begitu mendesak untuk segera disiapkan, aku akan post di Facebook.

Alhamdulillah, lama kelamaan apa yang diusahakan mendapat perhatian dan sambutan. Disamping menjual pakaian bayi dan kanak - kanak, aku sulam juga dengan menjual dodol ketika musim Aidil Fitri dan Aidil Adha. Tupperware pun tidak terlepas untuk dibisneskan. Huhuhuhu

Setelah dua tahun berbisnes sampingan, dalam masa sama menghabiskan pengajian jarak jauh, aku mengandung anak ketiga. tahun 2012 adalah tahun yang mencabar. Encik suami bertukar ke Kedah ketika aku mengandung 5 bulan. Menghabiskan baki 4 bulan bersama dua orang puteri di Selangor. Semuanya aku buat seorang. Bisnes terhenti. Tapi tak pernah terfikir untuk berhenti terus. Dan setelah bersalin dan sihat sedikit, aku mula kan sekali lagi bisnes tapi memfokuskan kepada makanan kesihatan wanita. Dalam berpantang lagi aku dah mulakan. Alhamdulillah, berbekal sedikit pengalaman yang lalu, bisnes berjalan lancar. Seperti dahulu, aku tidak bercadang untuk kaya raya, cukup sekadar ada duit lebih. (Rugi nyer lah)

Rupa - rupanya, encik suami masih berminat untuk menjual pakaian bayi dan kanak - kanak. Namun kali ini encik suami mahu lebih serius. Boleh dikatakan, encik suamilah pencetus dan penggerak segalanya. Sehingga bertapaknya butik Bear Chomel di Star Parade, encik suami lah yang berusaha merialisasikan, mengeluarkan apa yang di kertas kepada 3D atas lantai tingkat 1. Terima kasih sayang.

Kini, menjadi tanggungjawap aku pula untuk sedaya upaya menjaga titik perubahan kehidupan kami sekeluarga. Januari 2014 aku secara rasmi berhenti kerja untuk fokus pada bisnes. Kepada Yang Esa, aku mohon semoga segala usaha diberkati dan mendapat rezeki yang halal. Aku kini mahu kaya dan berjaya. Aku mahu menjadi jutawan. Bukan untuk aku, bukan untuk keluarga semata - mata tapi aku mahu kaya untuk menjadi medium membantu lebih ramai umat Islam, untuk menambah nilai hidup orang lain. In syaa Allah.

Cik kak berdua nie, lagi ibu tak tido, lagi tu lah derang berlakon jadi cikgu dan pelajar. Ibu dah mengantuk. Kalau ajak tido ni japgi boleh tengok la drama tak mau tido lagi, tak mau berjalan, tak mau kawan dengan ibu...semua ada.... Hmmmm... (ibu dulu pun cam tu jugak kot)...huhuhu...

Selamat tidur... Semoga aku istiqomah dalam menulis blog. Semoga saudara - saudara kita di seluruh dunia berbahagia. Aamiin..

15 November, 2010

 

                                


 
SELAMAT DATANG KE BLOG QhasehSuci Home`s Collection..

- Under Construction -